Info Semasa
RAMADHAN KARIM !
Selamat Menunaikan Ibadat Puasa kepada seluruh warga Kolej Jaiputra daripada Jawatankuasa Semarak Ramadhan 1431 H.

Hadis Ramadhan

Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah s.a.w : [Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan]. — H.R Bukhari, Muslim & Nasaaei.

10 Dijamin Syurga

Objektif Semarak Ramadhan 1431 H



 

Bulan Ramadhan bakal menjengah kita lagi. Ia datang membawa bersama-samanya kemuliaan, keberkatan, keampunan dan kerahmatan daripada Allah s.w.t. Pada bulan ini semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya.

 

Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengurnikan kepada mereka pelbagai ganjaran yang besar selama mereka ikhlas dan bersungguh-sungguh mengharap kurniaan tersebut. Justeru itu, kita sewajarnya jangan ketinggalan bagi merebut ganjaran yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

 

 

Matlamat :

 

  • Membentuk peribadi yang bertaqwa yang merupakan matlamat yang perlu dicapai daripada berpuasa Ramadhan (Al-Baqarah : 183).
  • Ihsan sesama manusia.

Oleh itu, kami berasa bertanggungjawab membuka peluang kepada warga kolej untuk mencapai matlamat yang disasarkan melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dan disusun.

 

 

Objektif :

 

  • Menyemarakkan kecintaan untuk memperbanyakkan amalan dalam bulan Ramadhan
  • Menyuburkan amalan dan fahaman yang sahih dalam bulan Ramadhan kepada pelajar
  • Menyemai sikap prihatin pelajar terhadap golongan miskin
  • Merapatkan serta mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan warga Kolej Jaiputra
  • Melatih pelajar dengan kemahiran melakukan kajian dan kerja sosial

 

 

Tema :

 

“ KE ARAH MEMBENTUK GENERASI YANG BERTAQWA DAN BERIHSAN”

 

 

Aktiviti :

 

1. Umum :

 

  • Iftar perdana
  • Edaran risalah
  • Sahur perdana
  • Khatam al-Quran perdana
  • Ihsan Ramadhan (Beri bantuan kepada keluarga miskin)
  • Majlis perasmian & penutupan program Semarak Ramadhan
  • Pemasangan banner untuk menyemarakkan suasana Ramadhan
  • Tayangan multimedia semasa majlis perasmian & penutupan PSR
  • Tabung K.A.S.I.H (Tabung kutipan & sumbangan Ihsan Ramadhan)
  • “Gift Day” (Ucapan salam Ramadhan dan pemberian hadiah sesama warga kolej bagi mengeratkan ukhuwwah dengan syarat-syarat tertentu)

 

2. Pertandingan :

 

  • Kuiz
  • Khat
  • X-file
  • Esei Ramadhan
  • Khatam terbanyak
  • Kosa kata Bahasa Arab
  • Teka silang kata (individu)
  • Pelapis Dai’e Jaiputra (PDJ)
  • Mencipta logo program Semarak Ramadhan

 

3. Pengisian Program :

 

Hari pertama (17 Ogos 2009) :

  • Program “ Di Ambang Ramadhan ” dan perasmian program Semarak Ramadhan 1430H
  • Forum puasa dan kesihatan, fiqh puasa serta soal jawab
  • Majlis perasmian program Semarak Ramadhan 1430H bermula
  • Ucapan Pengarah program dan Ketua Eksekutif
  • Pelepasan belon ke udara dan pembahagian kurma oleh Ketua Eksekutif kepada warga kolej sebagai simbolik perasmian program Semarak Ramadhan 1430H
  • Tayangan multimedia

 

Sepanjang empat minggu Ramadhan (17 Ogos – 10 September 2009)

     

 

Pemasangan kain rentang :

4 kain rentang dengan ungkapan alu-aluan kepada kedatangan bulan Ramadhan akan di pasang di beberapa tempat strategik.

 

 

JQM (Jaiputra Quranic Mentor)/Tadarus al-Quran :

Pelajar-pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan dipantau oleh mentor-mentor yang terlatih.

 

 

Kuliah tujuh minit (KULTUM) :

7 minit selepas solat zohor mengikut jadual yang disediakan.

 

 

Solat tarawih :

11 rakaat termasuk witir akan dilaksanakan setiap malam di surau Pusat Islam.

 

 

Tazkirah pertengahan tarawih (3T) :

10 minit di pertengahan solat tarawih mengikut jadual yang disediakan.

 

 

Ceramah umum :

Ceramah umum selepas solat tarawih. 2 kali sepanjang program.

 

 

Qiamullail :

Akan diadakan pada setiap hujung minggu. Makanan untuk sahur disediakan.

 

 

Kutipan derma dan sumbangan untuk program Ihsan Ramadhan (Tabung K.A.S.I.H.) :

Untuk diagihkan kepada keluarga miskin. Kutipan dan sumbangan akan dikumpul dari warga     kolej dan pihak luar.

 

 

Pertandingan :

Pendaftaran perlu dibuat terlebih dahulu dengan menghubungi jawatankuasa yang     berkenaan. Pertandingan adalah untuk: seni khat, kosa kata, mencipta logo PSR, teka     silang kata, esei Ramadhan, PDJ, khatam terbanyak dan kuiz Ramadhan

 

 

-Survey Ihsan Ramadhan :

Kawasan terlibat akan ditentukan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar.

 

 

‘ Gift day’ :

Tempahan perlu dibuat kepada pihak penganjur dengan disertakan bayaran, nama     penerima dan pemberi serta kata-kata ucapan. Tidak dibenarkan pemberian hadiah antara siswa dan siswa atau sebaliknya.

 

 

Daurah Ramadhan :

Akan dikendalikan oleh Unit Pembangunan Pelajar, Hal Ehwal Pelajar.

 

 

Iftar Perdana :

Setiap hari selama program berlangsung.

 

 

Pembelian barang makanan untuk Ihsan Ramadhan :

Dikendalikan oleh jawatankuasa lelaki bersama-sama penasihat program. Manakala pembungkusan barang-barang seperti pakaian, makanan dan lain-lain akan diurus oleh semua jawatankuasa. Dewan A akan diguna sebagai pusat pengumpulan.

 

 

Ihsan Ramadhan :

Majlis akan dilaksanakan pada sebelah pagi hari terakhir program Semarak Ramadhan. Penyampaian sumbangan kepada keluarga miskin dibuat dalam majlis tersebut. Selain itu, persembahan multimedia Ihsan Ramadhan turut diselitkan.  Pihak media akan dijemput bagi melaporkan majlis tersebut.

 

 

Majlis khatam al-Quran perdana :

Majlis bermula selepas zohor. Seramai 30 orang siswa dan siswi yang terpilih akan dilantik untuk mengetuai 30 halaqah al-Quran yang dibentuk bagi menamatkan bacaan al-Quran 30 juzuk secara serentak. Siswa di Pusat Islam, manakala siswi di Dewan A. Setelah kesemua halaqah menamatkan bacaan masing-masing, mereka akan berkumpul di Dewan A untuk majlis khatam al-Quran beramai-ramai dan solat `Asar berjamaah.

 

 

Majllis penutup PSR 1430H :

Majlis bermula selepas solat `Asar. Antara aturcara majlis tersebut ialah ucapan/tazkirah daripada Ketua Eksekutif, penyampaian hadiah, persembahan multimedia, pentomen siswa dan lain-lain. Majlis diakhiri dengan iftar perdana antara warga kolej dengan para jemputan dan keluarga miskin.

 

 

 

Kerohanian:

 

  • 1) Ceramah agama
  • 2) Qiamullail perdana
  • 3) Daurah Ramadhan
  • 4) Solat tarawih berjamaah
  • 5) Kuliah tujuh minit (KULTUM)
  • 6) Tazkirah pertengahan tarawih (3T)
  • 7) ‘Jaiputra Quranic Mentor’ (JQM) /Tadarus al-Quran