Other Languages : Bahasa Malaysia | English | العربية

postheadericon Pengambilan Pelajar Diploma Sesi Jun 2012

Pengambilan pelajar baru ke program diploma untuk lepasan SPM dan setaraf  bagi sesi kemasukan Jun 2012/ 2013. Pemohonan boleh dibuat menerusi kaedah-kaedah berikut :

Syarat Permohonan

  • Mendapat 3 kepujian dan SPM termasuk Bahasa Malaysia
  • Memenuhi syarat khas kursus yang dipohon [Rujuk : Brochure Pengajian]

Tarikh Permohonan :

  • Permohonan bagi sesi pengajian semester Jun 2012 dibuka sekarang .

Yuran pendaftaran :

  • Yuran pendaftaran serendah RM500 boleh dijelaskan pada hari pendaftaran.

Kemudahan :

  • Asrama penempatan pelajar terletak di dalam kawasan kampus dan berhampiran bilik kuliah dengan kawalan keselamatan 24 jam.
  • Pengangkutan disediakan untuk kemudahan pelajar mendaftar pada hari pendaftaran.
  • Penginapan hotel/ chelet/ rumah tumpangan bagi pihak ibubapa yang hadir pada hari pendaftaran akan diuruskan oleh pihak kolej dengan tawaran harga yang istimewa dan berpatutan.

Pinjaman Pengajian :

Pinjaman sepanjang tempoh pengajian akan diuruskan oleh pihak kolej setelah pelajar mendaftar untuk semester pertama bagi mereka yang layak.

  • Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak kami di talian : 09-7747449 / 09-7747449 / 09-7747450 / 09-7745451(waktu pejabat) atau menerusi email ke alamat info@jaiputra.edu.my atau talian hotline : 019-3877449.

postheadericon Program Semarak Ramadhan 2011 Kembali Lagi

Pada 1 Ogos 2011, bersamaan 1 Ramadhan 1432H, hari Isnin, bertempat di Dewan A Kolej Jaiputra, Kelantan, telah berlangsung perasmian Program Semarak Ramadhan (PSR) 2011 dan perasmian Kelab Kebajikan Pelajar Antarabangsa (KKPA) Kolej Jaiputra. Program tersebut telah bermula pada jam 10.30 pagi dihadiri oleh semua staf dan kakitangan kolej serta warga siswa dan siswi. Antara tetamu kehormat yang diraikan di dalam majlis tersebut ialah Pemangku Ketua Eksekutif, Encik Nik Kamaruzzaman bin Nik Yahya dan Ustaz Muhammad bin Ismail selaku penaung Kelab Kebajikan Pelajar Antarabangsa Kolej Jaiputra.

Baca lagi »

postheadericon Kolej Jaiputra di Sinar Harian 8 Jun 2011

Program mukhayyam siswa anjuran Unit Pembangunan Insan (UPI) Kolej Jaiputra yang telah diadakan pada 5 – 7 Mei 2011 yang lalu, bertempat di Gunung Stong, Dabong, telah diberi ruang untuk mengisi ruangan rencana di akbar Sinar Harian. Akhbar yang cakna rakyat ini, yang juga terkenal dengan motonya “Telus & Tulus” telah memberi peluang bagi pihak kolej untuk melaporkan aktiviti yang telah dijalankan, secara langsung membuka ruang bagi berkongsi aspirasi yang ingin disampaikan oleh pihak UPI Kolej dengan para pembaca akhbar ini. Pihak kolej ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak, terutama pihak akhbar Sinar Harian di atas ruangan yang telah diberikan, pihak editorial akhbar, En. Azizul Md. Daud, siswa kolej dan semua yang terlibat.

Current Time
Waktu Solat
Sumbangan Untuk Palestin

Fan On Facebook